YPBN

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Sehingga Oktober 2019, sebanyak 3,703 program berkaitan Gerakan Membaca Kebangsaan berjaya diadakan dengan penyertaan 3,461,047 peserta membabitkan penyertaan daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan sebagainya. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan penanda aras pencapaian penerbitan negara maju 0.1 peratus daripada jumlah penduduk. Oleh itu, kerajaan kena mensasarkan penerbitan negara dapat mencapai jumlah penerbitan buku sebanyak 31,700 judul setahun berbanding 19,713 judul pada 2017.

Visi

Menjadi Pusat Pengembangan Bakat, Latihan, Rujukan & Kemahiran Industri Buku serta Industri Kreatif Setempat, Serantau dan Global. Mengajak pengunjung menyertai aktiviti yang disediakan secara berkumpulan dan individu sebagai proses membangun kecerdasan dan prestasi ke arah lebih profesional dan dinamik; Menjadikan Malaysia, Industri Penulisan, Buku & Kreatif tanah air sebagai Hab Kreatif ASEAN dengan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu/Indonesia Di Peringkat Serantau & Global. Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) berperanan memajukan industri buku dan membina masyarakat berilmu melalui buku sama ada bercetak atau digital (e-book).

Misi

Anugerah Buku Negara 2005-2016 berjaya melepasi pelbagai rintangan dan cabaran dalam usaha memberi pengiktirafan kepada industri buku negara. Walaupun idea untuk mengasaskan Anugerah Buku Negara bermula sejak tahun 1990 lagi tetapi mendapat pelbagai rintangan dan tentangan dari pihak pemain industri sendiri yang lebih bersikap protektif kepada persatuan masing-masing sehingga mengasingkan semangat profesionalisme atas sebab menjaga kepentingan masing-masing.

1. Memberi motivasi kepada penggiat industri buku untuk menghasilkan penerbitan dan buku yang berkualiti setanding dengan buku import yang memenuhi pasaran dan perpustakaan tempatan.

2. Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk terus memperbanyakkan penerbitan bahan cetak dan elektronik bermutu tinggi bagi kegunaan pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan peringkat tempatan dan global.

3. Menjayakan program kebajikan penulisan dan penerbitan buku secara besar-besaran ke arah melahirkan syarikat penggerak industri buku, golongan penulis 3dan orang ramai sebagai pelanggan yang aktif.

4. Menggalakkan masyarakat untuk mengetahui tahap pencapaian dan keberhasilan karyawan tempatan yang cemerlang di peringkat negara dan antarabangsa.

5. Sebagai insentif untuk para penulis, pengarang dan penerbit buku tempatan. Dengan adanya Anugerah Buku negara dapat menjadi penanda aras pencapaian penggiat industri buku.


Matlamat

1. Mengendalikan Akademi Buku Malaysia dalam usaha membangunkan modal insan di kalangan karyawan dalam bidang industri buku seperti penerbit, pengedar, penulis, editor, pelukis dan pereka bentuk.

2. Menganjurkan Anugerah Buku Negara untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penggiat industri buku.

3. Menganjurkan Ekspo Buku sebagai program pendidikan untuk membudayakan masyarakat Malaysia supaya suka membaca dan menyintai ilmu. Menganjurkan International Book Conference sebagai tempat pertemuan para penggiat industri buku.

4. Menganjurkan kempen menulis dan membaca untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutama golongan belia supaya lebih banyak menghasilkan karya-karya baru dan lebih berminat membaca buku.

5. Mempromosikan buku dan e-buku sambil membangunkan masyarakat Malaysia berpengetahuan melalui agenda budaya membaca dan perkongsian ilmu serta kepintaran menerusi acara-acara karnival dan anugerah.

Sejarah Yayasan Pembangunan Buku Negara ditubuhkan pada tahun 2003 dengan falsafah Membaca Sepanjang Hayat - Masyarakat Berilmu Negara Maju. Ia dirancang untuk berperanan sebagai urusetia pembangunan industri buku diperingkat tempatan dan antarabangsa. Dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara berterusan ke arah menjayakan Malaysia pusat pengeluaran buku dan bahan multimedia yang unggul. Disamping itu dengan kerjasama rakan - rakan strategik YPBN menggerakkan pelbagai program latihan secara intensif untuk melahirkan pengarang dan penerbit yang berwibawa bagi menghasilkan penerbitan yang berkualiti tinggi. Antara matlamat pembentukkan adalah bertujuan untuk;

  • Mendedahkan ahli - ahli industri buku kepada kaedah dan teknik ­penulisan dan penerbitan yang berkesan dan melahirkan karyawan yang ideal dan terserlah dalam industri perbukuan negara.
  • Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan profesional dalam industri penerbitan buku negara.
  • Membangunkan modal insan yang cemerlang melalui industri buku yang maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.
  • Meningkatkan keupayaan negara dalam produktiviti penerbitan buku sesuai dengan negara maju menjelang tahun 2020.

Penglibatan Dalam Industri Kreatif

Old Timer (Otai) YBrs. Wak Nahar & Rakan - Rakan seangkatan, Singapura 1940

Perkembangan dunia seni pementasan, seni visual dan perkembangan teknologi digital bukan sahaja menyaksikan produksi layar perak dengan idea sendiri malah mengangkat naskhah percetakan sebagai sebahagian daripada kandungan. Menterjemah manuskrip buku kepada drama, dokumentari, dokudrama, telemovie, filem dan telenovela berepisod di televisyen sudah menjadi fenomena masa kini.[1] Anugerah Telenovela adalah merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

Sejak tahun 1940 an Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain of itself, because it is pain, but because occasionally circumstances occur in which toil and pain can procure him some great pleasure.

Sejak Tahun 1980 an Pentaramandan Battle Of THe Band To take a trivial example, which of us ever undertakes laborious physical exercise, except to obtain some advantage from it? But who has any right to find fault with a man who chooses to enjoy a pleasure that has no annoying consequences, or one who avoids a pain that produces no resultant pleasure?

Sejak Tahun 2000 On the other hand, we denounce with righteous indignation and dislike men who are so beguiled and demoralized by the charms of pleasure of the moment, so blinded by desire, that they cannot foresee the pain and trouble that are bound to ensue; and equal blame belongs to those who fail in their duty through weakness of will, which is the same as saying through shrinking from toil and pain.


ANAK ALAM - Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Hari ini Anak Alam sudah menjadi tinggalan sejarah. Sisa lampau masih tersemat di pedalaman jiwa seniman Malaysia. Tokoh besar seperti Usman Awang sudah meninggalkan kesan yang luar biasa dalam pelbagai genre. Johan Jaaffar, Dinsman, Sutung Umar RS dan Ladin juga turut dewasa bersama Anak Alam dan kini membawa haluan masing-masing.

Banglo lama di Padang Merbok menghimpunkan seniman tempatan dengan cara hidup yang damai, santun dan berseni. Pyanhabib ketika itu adalah di antara tokoh  terakhir yang tinggal di Padang Merbok. Ladin dan Abdul Aziz HM juga di antara teman seni yang sering ditemui di Rumah Anak Alam. Mereka bagai pewaris era A Latiff Mohidin, Johan Jaaffar, A Ghafar Ibrahim, Ibrahim Ghafar, Siti Zainon Ismail dan teman lain di Anak Alam.

Jiran Rumah Anak Alam adalah sebuah rumah yang tak kurang hebatnya. Banglo lama juga. Mior Hashim Manap dan rakan-rakan mereka dalam Grup Teater Kreatif menetap dan menjayakan bengkel teater untuk pelbagai pementasan di Lembah Klang. Diari kaum kapitalis Kewujudan Anak Alam dan Grup Teater Kreatif menjadikan Padang Merbok sebagai daerah seni terpenting dalam sejarah kesusasteraan negara.

PENTARAMA - Jabatan Penerangan, Kementerian Digital

Program PENTARAMA merupakan acara hiburan yang mengasah bakat - bakat pendatang baru supaya jadi Penghibur Profesional & Terlatih bermaklumat “Ceria Berinformasi”, iaitu 'Penerangan Melalui Nyanyian, Tarian dan Drama' telah diwujudkan pada tahun 1971 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu alternatif baru Jabatan Penerangan ketika itu dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berhubung dengan isu-isu semasa dan pemahaman tentang Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.


PENTAS/GAPENA - Persatuan Penulis Perak dan Gabungan Penulis Nasional

Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS) merupakan satu persatuan penulis di Selangor, Malaysia. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan merupakan salah satu dari Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998. PENTAS merupakan salah sebuah pertubuhan menganggotai GAPENA  (Gabungan Penulis Nasional)

 

Untuk mencapai sasaran Carta Buku UNESCO pihak YPBN dan rakan - rakan dalam rangka menjayakan 4 program teras berikut:

  1. Ekspo Buku & Multimedia Industri Kreatif
  2. Anugerah Buku Negara
  3. Anugerah Telenovela
  4. Persidangan/Kolokium Buku Antarabangsa Bersama Kelab Penulis

Mendekati seluruh peringkat masyarakat dengan mengajak semua pihak memanfaatkan Akademi Bakat Cendekia (ABC) serta Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU) untuk memperkasa dan melestari bakat penulisan dan penerbitan digital sambil memajukan Industri Buku & Industri Kreatif tanah air;

Memainkan peranan yang berkesan kepada khalayak sebagai organisasi pemangkin yang memajukan fikiran, sistem sosial dan kebudayaan, sesuai dengan aspirasi Kerajaan Madani;

Mendekati seluruh peringkat masyarakat dengan mengajak mereka memanfaatkan perkhidmatan yang dibawakan oleh pengusaha dan otoriti Akademi Bakat Cendekia (ABC), Industri Buku & Industri Kreatif ;

Membangunkan individu dan masyarakat di negara ini mempunyai  kesedaran yang tinggi terhadap semangat memperkasa dan melestari kearifan warisan, penerbitan buku dan penyiaran kandungan sesuai matamat sosio budaya sosio ekonomi Wawasan Kemakmuran Bersama Keluarga Malaysia pimpinan Kerajaan hari ini.

Menjelaskan bahawa Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU), Akademi Bakat Cendekia (ABC) dan Keluarga Malaysia serta semangat perpaduan negara berkembang progresif dalam konteks pemeliharaan mutu yang baik dan sedang berperanan secara meluas di peringkat setempat, serantau dan antarabangsa.

YPBN dan rakan - rakan dalam inisiatif memberi pengiktirafan kepada para peserta, ahli – ahli industri penerbitan, industri hiburan, industri penyiaran dan industri pendidikan peringkat setempat, serantau dan dunia. Dengan program ini Malaysia akan mempamerkan koleksi karya ahli-ahli industri penerbitan, industri hiburan, industri penyiaran dan industri pendidikan dari ratus ribuan penulis dan penggiat seni merangkumi karya-karya dalam bidang Agama, Bahasa & Sastera,  Sejarah, Ketatanegaraan, Sains  &  Teknologi, Kesenian,  Warisan  &  Budaya, Falsafah  dan  sebagainya yang disaring, dinilai dan diberi pengiktirafan dan anugerah negara.

Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU) Akademi Bakat Cendekia (ABC) bersempena Anugerah Buku Negara, Anugerah Telenovela, Persidangan Buku Antarabangsa Bersama Kelab Penulis & Ekspo Buku menghimpunkan lebih 100,000 orang penggiat Industri Kreatif tempatan. Program ini akan menerima liputan dari syarikat penyiaran tempatan dan juga akan disiarkan melalui media baru seperti Youtube channel, Facebook Live dan Instagram.

Program ini sebagai katalis kepada inisiatif “ASEAN Digital Integration” menerusi program Book2Screen, Script2Screen yang dilaksanakan di bawah aktiviti Program Jelajah Carta UNESCO (PJCU) serta Akademi Bakat Cendekia (ABC) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Universiti Putra Malaysia ini. Book2Screen merupakan gabungan program industri penerbitan buku dan industri penyiaran yang dibentuk untuk jadi platform Integrasi digital yang efektif kearah membolehkan setiap individu penulis dan individu kreatif serta kumpulan – kumpulan mereka mempercepat pertumbuhan domestik masing-masing.

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama banyak pihak dalam program mengukuhkan dan memberi impak lebih luas kepada semua lapisan masyarakat setempat serantau dan luar negara amnya dalam penganjuran Program Akademi Buku Cendekia (ABC) ASEAN Book Camps (ABC) serta Program Carta Buku UNESCO (PCBU) sebagai aktiviti bersepadu penanda arasan penerbitan negara untuk mencapai visibiliti status negara maju.

ABSTRAK “Unesco's interest in books stems from its Constitution, which assigns to it the promotion of "the free flow of ideas by word and image" and of measures designed "to give the people of all countries access to the printed and published material produced by any of them. Twenty years later this Constitutional point was reaffirmed by the General Conference of Unesco in a resolution calling attention to "the importance of publishing activities" and laying the foundations for a new programme of action in the book field”

“Minat UNESCO terhadap buku bermula dari Perlembagaannya, yang menggagas publisiti "PERGERAKKAN BEBAS IDEA DALAM BENTUK KATA DAN IMEJ" dengan langkah-langkah yang dibentuk "UNTUK MEMBERI RAKYAT SEMUA NEGARA AKSES KEPADA CETAKAN DAN PENERBITAN BAHAN YANG DIHASILKAN OLEH MANA-MANA DARIPADA MEREKA" dua puluh tahun kemudian Perlembagaan ini disahkan semula oleh Persidangan Agung UNESCO dalam satu resolusi untuk menyahut kepentingan "MUSTAHAKNYA AKTIVITI PENERBITAN" dan meletakkan asas bagi program tindakan seterusnya dalam bidang buku seluruh dunia” dari majalah The UNESCO Courier Edisi September 1965 dari artikel UNESCO AND THE WORLD OF BOOKS by Julian Behrstock

KAMPUNG BUKU UNESCO AKTIVITI GALERI CARTA BUKU, ANTIKUITI & BUKU NADIR MALAYSIA, Royale Chulan Seremban

Pameran Buku/Filologi Antik & Nadir untuk mementaskan khazanah perbukuan dan persuratan warisan negara ini koleksii dari pelbagai etnik dan suku kaum untuk dipertontonkan kepada orang ramai supaya jadi inspirasi dan aspirasi cendekia warisan bersama.

Pameran ini jadi pusat menampilkan cendikia warisan bersepadu dimana orang ramai boleh ikut serta mempamerkan koleksi warisan berbentuk buku, lukisan, peralatan masing-masing untuk jadi manfaat bersama.

Objektif

Membudayakan rujukan dan penelitian persuratan perbukuan warisan dengan membimbing dan melatih setiap individu berinteraksi antara satu sama lain dan berkongsi pengalaman, memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan sumber secara profesional. Menggalakkan setiap individu menjadi masyarakat yang berkongsi satu nilai khazanah dan warisan. Memasyarakatkan nilai-nilai warisan, kesenian dan kebudayaan serta kemahiran kepada orang ramai. Memberi latihan pengetahuan dan kemahiran memelihara warisan kepada orang ramai. Bagi memeriahkan aktiviti akan dijalankan dalam tradisi atau simbolik etnik Malaysia Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

1. Pementasan Etnologi

2. Pertandingan

3. Mencanting kain batik

4. Menulis

5. Membaca

6. Melekat tatu berasaskan inai

7. Permainan tradisional

8. Merawat dan membaiki buku

9. Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan penulisan dan persuratan.

Peserta

1. Dalam negara – antaranya Perpustakaan Negara Malaysia (PNM),

2. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pustaka Za’ba (UM), Arkib Negara, Institut Peradaban Melayu (UPSI)

3. Luar negara – Brunei, Indonesia, Thailand

Rangka Kerja Pengurusan & Pelan Tindakan Aktiviti/Program memajukan industri buku yang digembeling adalah untuk mencorak pembangunan masyarakat berpengetahuan Knowledge Economy Society selain untuk melestarikan industri penerbitan, industri penulisan, industri penyiaran dan industri pelancongan tanah air.

1. Pembentukkan pengisian Pelan Perlaksanaan Rangka Kerja Mencapai Objektif Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan sokongan Kerajaan Madani diharapkan dapat menggembeling tenaga dan sokongan padu dari seluruh kluster sektor Sawasta dan Kerajaan lebih – lebih lagi penyertaan Ahli - Ahli Industri Buku, Golongan Pendidik & Pensyarah, Ahli – Ahli Konglomerat, Ahli Korporat Profesional, Wakil NGO dan wakil – wakil pelaburan dalam negeri luar negeri untuk sama - sama mencapai matlamat kelestarian ekosistem galakkan Masayarak Berpengetahuan/Knowledge Economy Society ABIM Madani yang ditetapkan.

2. Sama – sama merangka program untuk melestarikan ekosistem galakkan Masayarakat Berpengetahuan/Knowledge Economy Society Madani ahli - ahli Industri Buku Industri Kreatif yang bertujuan membuka peluang perniagaan penerbitan, perbukuan, percetakan, rekacipta kandungan, penterjemahan dan lain - lain bidang berkait pengembangan industri kreatif warisan budaya dan pendidikan.

3. Latihan upskilling menerusi teknologi penerbitan dalam talian sebagai proses meningkatkan kemahiran pengetahuan, terbit buku elekronik golongan cendekiawan, karyawan dan pendidik serta seluruh warga Penulis di peringkat sekolah sehingga ke pensyarah universiti. Selain menganjurkan perhimpunan dan aktiviti penulisan dan penerbitanYPBN bersama rakan – rakan NGO seperti FDAM dengan kerjasama ABIM akan mengadakan acara-acara industri kreatif seperti mengadakan Anugerah Kreatif Belia Islam dengan menganjurkan bengkel - bengkel skrip berita, cerita dan dokumentari, bengkel produksi filem pendek tradisi lisan, bengkel penulisan serta penganjuran kejohanan story telling persembahan bercerita untuk media sosial dan komuniti untuk memperkasa publisiti dan fungsi Malaysia sebagai Kota Buku Dunia atau Kuala Lumpur sebagai Kota Buku UNESCO untuk masyarakat dan komuniti setempat, serantau dan antarabangsa. Hasrat Kerajaan dan ABIM News Network untuk menampilkan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat kreatif, masyarakat pecinta buku dan ilmu sebagai warga negara maju yang memimpin generasi muda memartabatkan ilmu, bahasa, seni dan budaya jadi teras perpaduan dan peradaban bersama.

YPBN memberi tumpuan kepada 5 kluster karyawan seperti berikut dibawah:

1. Kluster Karyawan Penulis Book2Screen/Lakon Layar

2. Kluster Karyawan Penulis Buku Kanak-Kanak

3. Kluster Karyawan Penulis Buku Manuskrip Warisan & Koleksi Nadir

4. Kluster Karyawan Penulis Jurnal & Majalah

5. KLuster Karyawan Penulis Pakar Bidang Ilmiah/Akademik

Justeru, program - program Yayasan Pembangunan Buku Negara yang dicadangkan ini adalah kearah membina imej cemerlang dan gemilang industri penerbitan, industrri buku dan industri kreatif Malaysia dengan kehadiran dan penglibatan lebih ramai komuniti kreatif, karyawan, usahawan fesyen-kosmetik-kesihatan, pelakon, artis, penulis, pemikir, sasterawan, budayawan, pemimpin masyarakat dan pemimpin generasi muda berbilang kaum Malaysia dan antarabangsa dalam semangat perpaduan dan muhibbah sama-sama untuk mengangkat budaya buku dan ilmu masyarakat setempat masyarakat Madani, Asia Tenggara masyarakat Asia 50 negara dan masyarakat OBOR Laluan Sutera 70 negara ke tahap lebih tinggi.